Thursday, 6 October 2011

wahai hawa

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

siapa kata jadi perempuan tu senang? nak kena tutup sana tutup sini,tengok lelaki,pakai baju pagoda pun org tak bising. Perempuan, stoking pun kena pakai, cuba suruh lelaki jadi perempuan sehari,konpem tak tahan bertutup semua, tapi perempuan cool je. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?.

siapa kata jadi perempuan tu senang? tiap2 bulan ada penyakit, nak pergi kelas pun susah.Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sbb sakit. Tengok lelaki,selambe je, kadang2 setahun sekali pun susah nak sakit. Tapi perempuan hidup dengan penyakit tiap2 bulan, survive je. Tengah sakit pun boleh senyum.Hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan senang? Hati ni Allah jadikan lembut, cepat sensitif..kadang perkara yang small matter pun akan dipandang dgn serius oleh perempuan.tengok lelaki,kadang tarikh2 penting pun tak igt.bagi mereka itu perkara remeh.Dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dgn Allah.Kenapa Allah lebihkan lelaki? Kenapa perempuan kena dgr ckp suami? Kenapa syurga perempuan terletak dibwh kaki suami? padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.Bak kata org,nk jaga anak 10 lelaki lebih senang dr menjaga sorang anak perempuan. Dan disebabkan perasaan negatif ini,ramai diluar sana yg merungut,diorang pakai pakaian yg terdedah dgn alasan,'lelaki tak payah tutup pun'. diorang berani bertepuk tampar dgn lelaki,sanggup gadaikan diri sbb percaya janji manis kekasih.kesian kan kt diorang?..sanggup rosakkan diri atas alasan Allah tak adil..

tetapi..Allah adil..syurga seorang lelaki terletak dibwh ibunya.Anak lelaki kena taat kepada ibunya 3 kali lebih utama drpd ayahnya.Tengok pula bila seorang lelaki berjaya org akan ckp 'disebalik kejayaan seorang lelaki ada perempuan di belakangnya'.hebat tak Allah jadikan perempuan tu?. Masih tak adilkah Allah terhadap perempuan?.Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan,sampaikan disebabkan susahnya jadi perempuan ni, perempuan senang masuk syurga. hadis: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa sebulan(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kpd suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana mana pintu yang disukai".(hadis Riwayat Ahmad)

tak adilkah lagi Allah dekat perempuan?
sedarlah, betapa sayangnya Allah dekat perempuan, betapa cintanya Allah dekat perempuan. Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.bayangkan dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, perempuan jadi hiasan. Dan seindah hiasan itu adalah wanita solehah.Kesiannya kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kn?..

sekadar perkongsian bersama
"Wahai kaum adam..hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu..bimbinglah dia,kalau silap langkahnya, adam pun turut dapat nama di akhirat kelak..adam tegurlah hawa dgn cara yg baik dan kena dgn caranya.didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu. Lindungilah dia dari fitnah dunia".

No comments:

Post a Comment